SYIRIK

Perkataan Syirik bermakna mempersekutukan Allah s.w.t. dengan sesuatu yang lain pada Sifat UluhiyyahNya (berhak disembah, dicintai, dipatuhi perintahnya dan didoakan kepadaNya) ataupun pada Sifat Rububiyyah (menjadikan, mentadbir, menguruskan alam). Maka sesiapa yang menganggap mana-mana satu dari sifat-sifat yang tersebut itu ada pada sesuatu yang lain daripada Allah s.w.t. nescaya dia telah melakukan syirik dengan Allah s.w.t. walaupun dia pada masa itu masih mengaku beriman dengan Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t.:

Maksudnya: “Meskipun kebanyakan mereka beriman kepada Ailah s.w.t., dalam pada itu mereka tidak sunyi dari berbuat syirik.” (Surah Yusuf: Ayat 106)

Perkataan syirik juga mempunyai makna yang sama dengan kufur walaupun terdapat di kalangan ‘ulama’ yang membezakan di antara kufur dengan syirik tetapi apabila dilihat kepada mafhumnya maka ianya tidaklah mempunyai perbezaan yang boleh dianggap bahawa dua perkataan itu mempunyai makna yang terlalu berlainan.

Syirik dengan makna menyengutukan Allah dengan sesuatu yang lain dalam semua perkara. Oleh kerana hujjah yang tidak ditolak lagi tentang keesaan Allah s.w.t. dan keagungan-Nya maka sesiapa yang menyengutui Allah dengan sesuatu yang lain samada pada ZatNya, SifatNya dan Af’alNya, termasuk juga Hukum Syari’atNya adalah bermakna telah kufur dengan hakikatnya yang sebenar. Begitu juga seseorang yang kafir adalah dianggap Syirik kerana mencabar wujudnya Allah s.w.t., keesaanNya dan kesempurnaanNya apabila ia menerima sesuatu yang lain.

Boleh juga dianggap syirik apabila mendustakan Risalah Nabi Muhammad s.a.w. atau mendustakan sebahagian daripadanya kerana telah mendustakan sesuatu yang diwajib oleh Allah s.w.t. supaya beriman kepadaNya.

Sesungguhnya Allah s.w.t. telah membuktikan hujjah-hujjah yang jelas dan kuat tentang kerasulan Nabi s.a.w. Segala apa yang disabda, diamal dan diakui oleh Rasulullah s.a.w. adalah wahyu dari Allah s.w.t., maka barangsiapa yang ingkar walaupun sebahagian daripadanya adalah bermakna dia tidak mengi’tiraf apa yang dikemukakan oleh Allah s.w.t., tidak mengakui kesempurnaan dan kebenaran hujjah-hujjahNya. Jadi dengan itu dia telah menganggap sesuatu yang lain atau dirinya sendiri menyengutui Allah dalam menentukan sesuatu itu benar ataupun tidak benar.

Adalah juga dianggap syirik kepada orang-orang yang tidak redha dengan Hukum Allah s.w.t. atau sebahagian daripada hukumNya dan menganggap hukum yang lain lebih baik atau lebih adil daripadanya seperti yang berlaku di dalam hadith Rasulullah s.a.w. kepada ‘Adi bin Hatim at Tha’ie dalam menjelaskan Firman Allah s.w.t.:

Maksudnya: “Mereka jadikan paderi-paderi dan pendita-pendita mereka sebagai tuhan yang lain daripada Allah.” (Surah At Taubah: Ayat 31)

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: